حاسبونالله وانيكمال "Cukuplah bagi kami Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik pelindung" 04 Aug 2022
Artinya: "Cukuplah bagi kami Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik pelindung". Namun, kalimat dzikir itu sebenarnya bisa dibaca lebih panjang. Bacaan dzikir Hasbunallah Wanikmal Wakil
Dia(Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik
Fast Money.
Dipetik dari buku La Tahzan’, Dr Aidh Al Qarni Menyerahkan semua perkara kepada Allah, bertawakal kepada Nya, percaya sepenuhnya terhadap janji-janji Allah, redha dengan apa yang dilakukan Nya, berbaik sangka kepadaNya, dan menunggu dengan sabar pertolongan dari Nya merupakan buah keimanan yang paling agung dan sifat paling mulia dari seorang mukmin. Dan ketika seorang hamba tenang bahawa apa yang akan terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahannya hanya dengan Rabbnya, maka ia akan mendapatkan pengawasan, perlindungan, pencukupan serta pertolongan dari Allah. Syahdan, ketika Nabi Ibrahim as dilempar ke dalam kobaran api, ia mengucapkan, “Hasbunallah wa ni’mal wakil”, maka Allah pun menjadikan api yang panas itu dingin seketika. Dan Ibrahim pun tidak terbakar. Demikian halnya yang dilakukan Rasulullah dan para sahabatnya. Tatkala mendapat ancaman dari pasukan kafir dan menyembah berhala, mereka juga mengucapkan, “Hasbunallah wa ni’mal wakil” “Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar” QS Ali Imran 173-174 Manusia tidak akan pernah mampu melawan setiap bencana, menaklukkan setiap derita, dan mencegah setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri. Sebab manusia adalah makhluk yang sangat lemah. Mereka akan mampu menghadapi semua itu dengan baik hanya bila bertawakal kepada Rabbnya, percaya sepenuhnya kepada Pelindungnya, dan menyerahkan semua perkara kepada Nya. Kerana jika tidak demikian, jalan keluar mana lagi yang akan ditempuh manusia yang lemah tak berdaya ini saat menghadapi ujian dan cubaan? “Dan hanya kepada Allahlah hendaknya kamu bertawakal jika kamu benar-benar beriman”. QS Al Maidah 23 Wahai orang yang ingin menyedarkan dirinya, bertawakallah kepada Yang Maha Kuat dan Maha Kaya yang kekuatan amat besar ada padaNya. Itu bila Anda mahu keluar dari kesusahan dan selamat dari bencana. Jadikanlah “hasbunallah wa ni’mal wakil” syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup Anda. Jika harta Anda sedikit, hutang Anda banyak, sumber penghidupan Anda kering, dan mata pencarian Anda terhenti, mengadulah kepada Rabb mu seraya mengucapkan, “hasbunallah wa ni’mal wakil” Jika Anda takut kepada seorang musuh, cemas terhadap perlakuan orang zalim atau khuatir dengan suatu bencana, maka ucapkanlah dengan tulus hasbunallah wa ni’mal wakil”. “Dan cukuplah Rabbmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong”. QS Al Furqan 31 Sumber La Tahzan’, Dr Aidh Al Qarni, Qisthi Press, 2005
Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca sekalian...Pada post kali ini saya ingin menulis tentang satu pengajaran yang saya dapat hari ini bedasarkan ayat Al Quran HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL' yg bemaksud ''Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung". Sebagai manusia sudah semestinya dalam hidup kita ada seseorang yang sangat istimewa bagi kita. Yang tanpanya kita rasa sangat sedih. Dialah tempat kita bercerita & berkongsi suka duka bersama. Berkongsi gelak tawa. Kalau boleh kita nak sentiasa bersamanya. Tapi hakikatnya dunia ini bukan semudah itu. Tak semua yang kita mahukan, kita akan peroleh. Kita kena sedar bahawa satu ketika nanti dia akan pergi. Sama ada buat selamanya atau buat sementara waktu. Ada ketikanya nanti kita pasti akan berjauhan dari dia. Mungkin terpisah oleh benua yang berbeza. Tapi hakikatnya bila saat itu tiba pasti kita akan merasai satu kehilangan yang sangat besar & kita pasti menangis & mengharapkan dia ada di sisi seperti selalu. Kita akan terus berharap bahawa dia akan ada di sisi. Tatkala saat itu tiba pada kita nanti ingatkanlah diri kita bahawa "dia sangat jauh dari kita, betapa tinggi pun harapan kita dia takkan sampai untuk mengelap air mata kita seperti selalu". Tatkala itu kita kena sedar bahawa Allah sahaja pengharapan kita. Allah tidak akan pernah meninggalkan kita. Allah akan sentiasa bersama kita. Kita kena kuat untuk diri kita. Ulanglah ayat ini HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL' yg bemaksud ''Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung". Pada hari ini saya belajar untuk berhenti terlalu berharap pada manusia. Bukan maksud saya untuk mengabaikan rakan2 atau keluarga kita. Tapi untuk menyayangi mereka dengan sekadarnya & untuk meletakkan segala pengharapan hanya kepada Allah yang Esa. Begitu juga saya ingin mengajak rakan2 pembaca sekalian untuk kita kembalikan hati kita sepenuhnya kepada Allah. Meletakkan sepenuh kekuatan & harapan hanya padaNYA supaya kita tidak rasa kecewa jika satu hari orang yang kita sayang pergi jauh dari kita. Tatkala saat itu tiba kita pasti akan reda kerana kita yakin dengan janji Allah. Mungkin hari ini kita masih ada bersama dia tapi esok, lusa siapa tahu? Oleh itu, sama2 lah kita renungkan kembali. semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa. Insya Allah....
cukuplah allah sebagai penolong kami dan dialah sebaik baik pelindung